04 May 2010

AKSI GEDIK ADELINE TSEN MEMALUKAN?

Gedik! Begitulah komen segelintir penonton terhadap drama muzikal Hotel Mania terbitan KRU Studios yang ditayangkan diTV3. Ini kerana, ada kalangan mereka menyuarakan rasa bimbang dengan keberanian drama seperti itu yang didakwa mampu meracuni penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan remaja.

Lebih memalukan dakwa mereka, lakonan Adeline Tsen yang tiba-tiba pengsan dan Anding kemudian membuka sedikit butang bajunya dan merapatkan wajah ke muka wanita itu untuk melakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR).

"Persoalannya, perlukah babak itu diwujudkan? Kut ia pun nak menggambarkan cinta mula berputik, ada banyak lagi cara lain yang lebih manis. Lagipun kalau terperangkap dalam lif biasanya orang panik dari awal, bukan nyanyi dulu kemudian baru panik atau pengsan.

"Ini tidak, selepas menyanyi dengan gembiranya, tiba-tiba boleh pengsan. Bukankah penonton ramai di kalangan anak-anak yang masih bersekolah dan ada yang belum mencecah usia belasan tahun. Sudah pasti paparan ini kurang molek dan sesuai untuk mereka.

"Dalam pada rancak pihak berkuasa dan masyarakat melaungkan bimbang terhadap isu keruntuhan moral muda mudi yang kian menjadi-jadi, sepatutnya kita paparkan bahan yang sihat, bukan menjolok mata seperti ini," demikian kritik seorang wartawan hiburan dipetik sebagai berkata.

Persoalannya sekarang, sejauh mana pihak berwajib mampu mengambil berat isu seperti ini dalam membendung masalah sosial yang kian berleluasa? Apakah filem dan drama sekarang tidak ditapis sebaiknya hingga adegan tidak sopan dan memalukan ditayangkan atas alasan kononnya mahu 'memberi pengajaran'?

Dalam hal ini... selamatkah anak-anak kita menontonnya? Tepuk dada, tanya selera!



Aksi-aksi belakang tabir Adeline yang
didakwa gedik & memalukan...
Klik untuk imej besar!









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

No comments: