12 May 2010

BERITA SANA SINI...



JOHAN RAJA LAWAK

PENGACARA rancangan Raja Lawak, Johan di bawa masuk ke bilik rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana cedera di percayai terbabit dalam pergaduhan di Sikamat, dekat Seremban, semalam.



Beliau yang cedera di bahagian muka dipercayai dibaling gelas kaca dalam pergaduhan dengan seorang pengarah drama di sebuah kedai di sini.



AMENG SPRING

Penyanyi Ameng yang popular sekitar 1990-han bersama kumpulan Spring telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (Rabu) memasukkan dadah jenis ganja dalam badan di pejabat Bahagian Siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 2 April lalu.

Ameng, 42, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, hadir di mahkamah dan diwakili oleh peguam Kamarulzaman Abdul Rahman.



Penyanyi tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Zaki Asyraf Zubir membenarkan ikat jamin RM3,500 dan menetapkan 27 Mei ini untuk sebutan semula kes.

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

No comments: