16 May 2010

FAHRIN & ADELINE BERDUAAN DI RESTORAN?

Gossip antara Fahrin Ahmad dengan Adeline Tsen (pelakon hotel mania) yang dilihat berduaan di Restoran Kayu Nasi Kandar, Dataran Sunway, Kota Damansara pada 13 Mei lalu jam 11 malam hangat diperkatakan di internet.

Mereka didakwa duduk berbincang sesuatu di situ secara kasual sebelum kemudiannya berjalan menuju kereta. Dakwa peminat yang kebetulan berada di situ dan sempat menangkap gambar secara kandid, tangan Fahrin menyentuh bahu Adeline Tsen.

"Gambar perempuan tak clear sangat sebab cover dengan rambut. Aku ambik gambar pun terketaq-ketaq sebab takut dibelasah Fahrin. Ini je shot yang terbaik daripada aku," ujar peminat tersebut dalam sebuah forum.

"Mereka nampak macam kasual meeting dan conversation. So maknanya macam kawan-kawan lepak kat kedai mamak, sambil tengok bola. Tentang tangan fahrin menyentuh bahu adeline, (menyentuh, bukan memegang) so pada aku normal je, pada aku ni semua kasual friends.

"Mungkin Fahrin tengah mengadjust or Fahrin tengah 'test' minah ni. Or mungkin fahrin just jadikan adeline tempat untuk mengisi ruang kosong. Who knows kan..?" Tambah peminat tersebut membuat spekulasi.

Dalam hal ini, ke mana sahaja seseorang artis itu berada, mereka pastinya menjadi tarikan dan perhatian umum. Oleh yang demikian, sememangnya tak salah jika mereka keluar makan atau melepak berdua sambil tengok bola hingga larut malam... tetapi ia pasti mengundang gossip mengenai apakah pengakhiran drama tersebut! Allahualam...!

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kekasih, Fahrin yang kini berusia 31 tahun tidak mahu tergesa-gesa memikirkan soal cinta. Disoal apakah dia sedang mencari-cari kekasih, dia dengan yakin menjawab 'tidak'.

"Tidak buat masa ini. Bagi saya masa untuk berehat dulu.

"Tapi, saya tak boleh menidakkan hakikat yang saya perlu juga mencari jodoh untuk masa depan," ucapnya tenang.

Tentang hubungannya dengan Linda dan Scha, Fahrin memberitahu dia tidak pernah berhubung dengan kedua-dua mereka selepas berpisah. Namun, jika diminta untuk bekerjasama dalam satu produksi, dia akan bersikap profesional.

"Boleh, tak ada masalah! Saya percaya pada rezeki dan ketentuan Ilahi. Tak salah bekerjasama dan saya telah pun melakukannya sebelum ini," katanya dipetik sebagai berkata.



Gambar yang didakwa Fahrin Ahmad dan Adeline Tsen sedang lepak-lepak di sebuah restoran. Klik untuk imej besar!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

No comments: