09 July 2010

AKTIVITI SANA SINI...

KONSERT HUJAN VS BUNKFACE (10-11 JULAI)

Sebuah konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 yang bakal menggabungkan dua band indie popular Malaysia, Hujan dan Bunkface. Konsert Hujan VS Bunkface bakal menggegarkan KL Life Centre pada 10 dan 11 Julai ini, 8.30 malam.

Konsert yang berkonsepkan 'battle of the band' di mana kumpulan Hujan dan Bunkface akan membuat persembahan secara berselang-seli ini adalah anjuran bersama Persatuan Warga Cinta Negara (Pecinta) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) serta ditaja oleh Pujangga Kreatif Sdn. Bhd.

Selain menyampaikan lagu-lagu popular Hujan seperti 'Pagi Yang Gelap', 'Jiwa Kelajuan', 'Dugaannya', 'Bila Aku Sudah Tiada' dan 'Aku Skandal', sementara Bunkface dengan lagu-lagu hit seperti 'Ekstravaganza', 'Revolusi', 'Prom Queen, 'Situasi' dan 'Silly Lily', kedua-dua band indie ini turut menyanyikan beberapa buah lagu secara berkolaborasi.

Tiket-tiket berharga RM50 ini boleh dibeli terus di kaunter Ticket2u (Istana Budaya) atau di KL Life Centre pada hari-hari persembahan.


KONSERT RENTAK JUARA AKHIR (17 JULAI)

Pertandingan Akhir Rentak Juara, 17 Julai ini, 8.30 malam di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Siapakah yang bakal bergelar Juara?

Alamilah persembahan mantap generasi hebat ini yang tampil dengan tagline “Cipta Fenomena” dalam pencarian kumpulan muzik terbaik daripada kumpulan amatur mahupun profesional dalam negara. Masuk adalah percuma.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Unit Hiburan TV, RTM.


KONSERT DIR… SUARA 1MALAYSIA (18 JULAI)

Alunan suara harmoni Koir Kebangsaan yang mengadunkan konsep koir dan teater muzikal, nyanyian lagu-lagu popular Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Konsert ‘Dir…Suara 1Malaysia’ akan dipersembahkan oleh ahli-ahli Koir Kebangsaan di bawah pimpinan artis dan guru vokal terkenal, Syafinaz Selamat.

Alami getaran suara mantap menerusi konsert yang diadakan bagi mengenang jasa Dato’ Sudirman dalam industri seni muzik tanah air. Berlangsung18 Julai 2010 bertempat di KL Live Hall, Life Centre Kuala Lumpur dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Harga tiket RM25.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


MUZIKAL NANTA COOKING (23 – 24 JULAI)

Amatilah persembahan muzikal komik secara bukan lisan yang mantap hasil kreativiti antara persembahan gendang tradisional Korea yang dinamakan Samulnori, dengan kombinasi pergerakan akrobatik yang bertenaga serta drama muzikal pada 23-24 Julai 2010 ini di Plenary Hall, KLCC dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Muzikal Nanta Cooking membawa anda untuk merasai kehebatan memasak dengan komunikasi menggunakan pergerakan badan, ekspresi muka dan alunan bunyi menggunakan peralatan dapur.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Centrestage Entertainment dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

No comments: