22 July 2010

GAMBAR ALLAHYARHAM ACHIK SPIN..??

Kecoh seanterio alam mengatakan gambar Allahyarham Achik Spin telah disalah guna oleh pihak tertentu untuk mengiklankan rawatan tradisional. Lebih teruk, rawatan tersebut berkonsepkan agama lain yang didakwa berasal dari Thailand.

"Apa yang membuat saya marah, ialah apabila gambar Allahyarham Achik Spin diletakkan dalam iklan itu sebagai orang yang membuat pengakuan telah berjaya setelah mendapatkan khidmat bomoh tersebut. Walaupun mata arwah ditutup, namun saya boleh kenal yang itu adalah Acik Spin.

"Dalam hal ini, saya amat terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang mengambil kesempatan untuk menipu. Tambah-tambah apabila iklan itu melibatkan agama lain, seolah-olah tidak sensitif langsung," luah seorang peminat dalam blognya.

"Kenapalah sanggup mereka menggunakan gambar Allahyarham Achik Spin untuk tujuan mengiklankan Wat Tok Sami Siam... Apa perasaan keluarga Allahyarham bila terbaca iklan ni... Aku yang tak da kena mengena ni pun dah rasa geram dan sakit hati... sedih pun ada gak.... Tak patut sungguh..... Gerammmmnya........ Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Achik dan menempatkannya di kalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah," Luah peminat lain yang hanya mahu dikenali sebagai Amalina Othman, juga dalam blog.

Namun sejauh mana kesahihan dakwaan itu masih belum dapat dipastikan... kerana kemungkinan ada pelanduk dua serupa... Allahualam..!!




Iklan yang didakwa mempersendakan arwah...



Gambar yang didakwa sebagai gambar Arwah Achik Spin...





Gambar sebenar Arwah...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

No comments: