06 December 2010

ROCK THE WORLD 10 GEGAR KL

KUALA LUMPUR - 5 Disember: buat kali kesepuluh, peminat muzik akan diraikan dalam satu konsert paling hebat 2010, ROCK THE WORLD 10, sempena meraikan ulang tahun ke sepuluh acara ini, pada Ahad, 26 Disember 2010 bertempat di tempat letak kereta A, Stadium Bukit Jalil.

Kemeriahan acara ini akan bermula pada pukul 10 pagi dan berlanjutan sehingga tengah malam.

Dalam meraikan ulang tahun ke 10 konsert terhebat di Kuala Lumpur, buat julung kalinya, ROCK THE WORLD 10, akan membariskan kumpulan muzik terbaik yang dihimpunkan dari versi konsert sebelumnya. Ianya bakal memberikan kepuasan kepada semua peminat muzik terutamanya yang telah mengikuti trilogi konsert ini sejak mula dipersembahkan pada tahun 2000.

ROCK THE WORLD 10 untuk tahun ini dijanakan oleh ELEVATE dengan mempersembahkan 19 kumpulan-kumpulan muzik terbaik seperti MASSACRE CONSPIRACY, SKUDAP SKUDIP, DICHI MICHI, COUPLE, ONE BUCK SHORT, AZLAN & THE TYPE WRITER, SEVENCOLLAR T-SHIRT, BLEEDING MASCARA, BUNKFACE, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, DRAGON RED, THEY WILL KILL US ALL, LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BITTERSWEET, DISAGREE, LO, THE PILGRIMS DAN GERHANA SKA CINTA.

Dengan barisan kumpulan muzik terbaik yang pernah mengegarkan dunia muzik tempatan sejak 10 tahun lepas, ROCK THE WORLD 10, merupakan konsert yang harus ditonton kerana ia bakal mempersembahkan hanya yang terbaik.

Tiket – tiket untuk ROCK THE WORLD 10 yang berharga RM30 (termasuk yuran tiket) boleh didapati di rangkaian TICKETPRO. Talian khidmat pelanggan adalah 03 – 7880 7999. Selain itu, tiket-tiket juga boleh didapati di kedai muzik ROCK CORNER, MUSIC VALLEY atau pada hari konsert berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Sempena sambutan ulang tahun ke 10 itu juga, ROCK THE WORLD 10 akan dimeriahkan lagi dengan MTV MUSIC CHANNEL selaku saluran muzik rasmi, ERA FM, X FM & HITZ FM selaku saluran radio rasmi, majalah rasmi ROTTW dan rakan media ‘online,’ JUNK serta prabayar rasmi, TUNE TALK, yang menyediakan lagu dan permainan dalam talian secara percuma untuk acara ini.

ROCK THE WORLD 10 dianjurkan oleh FAT BOYS.


Klik untuk imej besar...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

No comments: