31 December 2010

EKIN MASIH BELUM MENGANDUNG...

Kalau belum rezeki, apa nak dikata... demikianlah kesimpulan yang boleh diketengahkan mengenai pasangan suami isteri Mawi dan Ekin. Meskipun sudah puas berusaha, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

“Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

“Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit,” ujar Ekin dipetik sebagai berkata. Dia sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.



“Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.

“Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain,” ujarnya sempena genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan Mawi pada 20 Disember lalu.

“Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak,” ujarnya lagi penuh tabah.

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

HAIKAL CERIAKAN ZAMARUL & DIANA...

Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini makin ceria dan bahagia dengan kehadiran bayi mereka Kashfi Haiqal yang lahir secara normal pada 29 Oktober lalu di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Haikal kini sudah berusia 2 bulan dan makin cergas.

"Dah lapan tahun saya tak menempuh kehidupan sebagai bapa yang kena bangun malam-malam buat susu untuk bayi. Mendengar tangisan bayi, tak cukup tidur kerana menjaganya, semua ini terpaksa saya lalui semula. Bagi saya pengalaman ini sangat seronok kerana ia mengajar kita untuk bersabar dan menghargai keluarga," ujar Zamarul dipetik sebagai berkata.

"Pengalaman dengan dua orang anak sebelum ini lain dan kali ini juga lain. Pastinya ada perbezaan antara mereka semua. Tapi saya sangat gembira walaupun tak cukup tidur dan mengambil alih segala rutin yang Diana lakukan sebelum ini seperti membasuh baju, kemas rumah dan sebagainya, bagi saya ia satu perkara yang indah untuk dilakukan demi anak dan isteri kita," katanya mengimbas kenangan lalu.

Kashfi Haiqal merupakan anak ketiganya dan yang sulung Zamarul bersama aktres Diana Rafar.


Klik untuk imej besar...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

21 December 2010

FASHA BERGAYA DENGAN HELI...

Fasha Sandha sememangnya bertuah kerana mempunyai kekasih kaya yang merupakan anak kepada bekas mantan Menteri Besar Perak. Lihat sahajalah aksi Fasha yang bergaya dengan helikopter milik Jejai yang pastinya mahal dan bukan calang-calang orang mampu memilikinya.

Inilah kata orang... tuah sabut timbul... tuah batu tenggelam! Tahniah diucapkan buat Fasha, semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin...


Klik untuk imej besar...







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

19 December 2010

ABBY SAMBUT BIRTHDAY ZUL...

Sebagaimana Norman, Abby juga tak mahu kalah dalam perjuangannya. Lihat sahajalah kemesraan Abby dan Zul dalam sambutan hari jadi yang diadakan baru-baru ini.


Klik untuk imej besar...











(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

06 December 2010

ROCK THE WORLD 10 GEGAR KL

KUALA LUMPUR - 5 Disember: buat kali kesepuluh, peminat muzik akan diraikan dalam satu konsert paling hebat 2010, ROCK THE WORLD 10, sempena meraikan ulang tahun ke sepuluh acara ini, pada Ahad, 26 Disember 2010 bertempat di tempat letak kereta A, Stadium Bukit Jalil.

Kemeriahan acara ini akan bermula pada pukul 10 pagi dan berlanjutan sehingga tengah malam.

Dalam meraikan ulang tahun ke 10 konsert terhebat di Kuala Lumpur, buat julung kalinya, ROCK THE WORLD 10, akan membariskan kumpulan muzik terbaik yang dihimpunkan dari versi konsert sebelumnya. Ianya bakal memberikan kepuasan kepada semua peminat muzik terutamanya yang telah mengikuti trilogi konsert ini sejak mula dipersembahkan pada tahun 2000.

ROCK THE WORLD 10 untuk tahun ini dijanakan oleh ELEVATE dengan mempersembahkan 19 kumpulan-kumpulan muzik terbaik seperti MASSACRE CONSPIRACY, SKUDAP SKUDIP, DICHI MICHI, COUPLE, ONE BUCK SHORT, AZLAN & THE TYPE WRITER, SEVENCOLLAR T-SHIRT, BLEEDING MASCARA, BUNKFACE, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, DRAGON RED, THEY WILL KILL US ALL, LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BITTERSWEET, DISAGREE, LO, THE PILGRIMS DAN GERHANA SKA CINTA.

Dengan barisan kumpulan muzik terbaik yang pernah mengegarkan dunia muzik tempatan sejak 10 tahun lepas, ROCK THE WORLD 10, merupakan konsert yang harus ditonton kerana ia bakal mempersembahkan hanya yang terbaik.

Tiket – tiket untuk ROCK THE WORLD 10 yang berharga RM30 (termasuk yuran tiket) boleh didapati di rangkaian TICKETPRO. Talian khidmat pelanggan adalah 03 – 7880 7999. Selain itu, tiket-tiket juga boleh didapati di kedai muzik ROCK CORNER, MUSIC VALLEY atau pada hari konsert berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Sempena sambutan ulang tahun ke 10 itu juga, ROCK THE WORLD 10 akan dimeriahkan lagi dengan MTV MUSIC CHANNEL selaku saluran muzik rasmi, ERA FM, X FM & HITZ FM selaku saluran radio rasmi, majalah rasmi ROTTW dan rakan media ‘online,’ JUNK serta prabayar rasmi, TUNE TALK, yang menyediakan lagu dan permainan dalam talian secara percuma untuk acara ini.

ROCK THE WORLD 10 dianjurkan oleh FAT BOYS.


Klik untuk imej besar...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

03 December 2010

IDHAM AKUI KEHEBATAN DMSF

Hasil dan kualiti studio pos produksi, Digital Mix Stage Finas, yang selama ini dipertikaikan kualiti dan kemahiran dalam menghasilkan produk bermutu, akhirnya terbukti apabila filem pertama di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya kemudahan di studio berkenaan, ‘Senjakala,’ dikatakan mempunyai sistem Dolby setaraf dengan produk perfileman antarabangsa termasuk dari Australia.

Filem terbaru arahan Ahmad Idham, dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, itu telah dijadikan kajian kes oleh pihak Lembaga Perbadanan FINAS setelah ada ura-ura cadangan penswastaan studio berkenaan baru-baru ini.

Melalui kajian kes ini, membuktikan bahawa studio Digital Mix Stage ini mampu berdaya saing dibawah pengurusan sedia ada selain memperlihatkan kualiti adunan yang dihasilkan mencapai piawaian tertinggi industri.



Pengerusi Finas, Datuk Mohammed M. Daud ketika ditemui berkata, “Setelah menonton tayangan filem ini (Senjakala), saya berpuas hati dengan hasil produk yang dihasilkan sepenuhnya di Digital Mix Stage. Ianya membuktikan, kemudahan dan tenaga kerja di sini akan dapat memenuhi keperluan industri perfileman tempatan.”

Dalam pada itu, beliau juga ditanya mengenai masalah yang dihadapi oleh studio berkenaan hingga Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberitahu untuk menerima sebarang cadangan penswastaan dari pihak luar, dalam menguruskan studio yang bernilai RM 53 juta ini.

“Antara masalah yang kita hadapi sebelum ini berkaitan slot (masa menyiapkan proses adunan) selain ketidakpercayaan kepada tenaga kerja yang sedia ada. Namun, masalah ini di atasi dengan pihak Digital Mix Stage akan menyediakan tiga slot yang beroperasi 24 jam sehari selain tenaga kerja dihantar ke luar negara seperti ke Amerika Syarikat dan New Zealand, dalam mempertingkatkan kemahiran dalam proses ini,” beritahu Datuk Mohammed M. Daud lagi.



“Selain itu, pengiat dan pembikin filem tempatan, tidak tahu mengenai kemudahan di Digital Mix Stage yang menawarkan perkhidmatan pada harga berpatutan,” tambahnya lagi.

Studio berkeluasan 2, 396 meter persegi ini menyediakan kemudahan adunan bunyi bertaraf Dolby, dengan proses ‘audio dubbing,’ ‘foley,’ dan ‘optical sound,’ setempat yang pertama di Malaysia. Studio ini diiktiraf sebagai ke 13 terbaik di dunia dan pertama di Asia Tenggara. Selain itu, Digital Mix Stage ini dikategorikan dalam kelas ‘Premier’ yang satu-satunya di rantau ini, selain Australia.

Bagi pengarah, Ahmad Idham, juga merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Finas berkata, dia cukup berpuas hati dengan hasil kerja dari studio ini. Baginya yang pernah menjalani proses adunan bunyi di luar negara untuk filem terdahulu menambah, selain dapat menjimatkan kos pos produksi secara keseluruhan ianya juga memberikan hasil terbaik.

“Bruce Emery (Penasihat Dolby Digital) sendiri memberitahu kepada saya yang hasil kerja anak tempatan ini boleh dibanggakan kerana ianya setaraf hasil studio terbaik yang berada di Australia. Ini merupakan satu penghargaan kepada tenaga kerja studio Digital Mix Stage khasnya dan produksi ‘Senjakala,’ kerana ianya pengiktirafan yang mampu menarik minat syarikat produksi tempatan mahu pun luar negara untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di studio ini,” jelasnya selepas sesi tayangan tertutup ‘Senjakala’ baru-baru ini.

Idham menambah, “Saya sendiri kagum dengan kemahiran dan kreativiti yang mereka miliki (tenaga kerja studio), sehingga dapat memberikan hasil terbaik.”

Dalam pada itu, ramai pengiat juga pembikin filem, terutamanya dari studio persendirian sering menjalankan proses adunan bunyi secara dalaman, seperti proses ‘foley’ yang mengambil contoh bunyi dari dalam cakera padat berbanding menjalankan proses berkenaan secara nyata di studio ‘foley’ yang ada di studio Digital Mix Stage di Finas.

Proses ini dilihat tidak penting kerana beranggapan penonton tidak terlalu mementingkan kualiti bunyi perincian, sehinggakan prosesnya dilakukan secara tidak menepati piawaian industri filem antarabangsa.

Azriddin Hamzah, penyelia bunyi dan adunan di studio Digital Mix Stage Finas menambah, dengan kemudahan yang disediakan, pembikin filem seperti Ahmad Idham, contohnya, mampu mengambil peluang yang ada dalam menghasilkan adunan terbaik bagi sesebuah filem.

“Dengan adunan terbaik, filem-filem yang dihasilkan dari studio Digital Mix Stage Finas ini mampu memenuhi keperluan pawagam tempatan yang menyediakan sekurang-kurangnya sistem audio bertaraf Dolby, dan ini memberikan kesan terbaik, terutamanya kepada penonton. Selain itu, filem tempatan juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa dari aspek teknikal,” terang Azriddin yang menyelaras sistem audio Dolby bagi ‘Senjakala.’

Pengiat bidang perfileman tempatan, terutamanya penerbit, kini menghasilkan filem dengan sistem audio Dolby Digital. Ianya satu petanda positif buat industri, namun, kebanyakkan penerbit melakukan proses Dolby di Bangkok, Thailand juga Mumbai di India.

Dengan adanya portfolio seperti ‘Senjakala,’ membuktikan tenaga kerja juga kemudahan dari segi jadual dan peralatan yang ada di studio Digital Mix Stage finas, antara yang terbaik di Asia Tenggara, dan pasti mampu menarik penerbit filem tempatan juga antarabangsa.

Siaran media oleh: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010