27 August 2011

AERIAL ZAFREL MINAT MARHABAN

Meskipun bersedih kerana terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa ayah dan ibu buat pertama kali, namun pelakon baru Aeril Zafrel yang bakal muncul dengan filem Cinta Kura-Kura mengakui hatinya sedikit terubat. Ini kerana dia berpeluang untuk meraikan Hari Raya dengan menyertai aktiviti marhaban bersama teman-teman sekampungnya di Batu Pahat, Johor.

"Rutin menyertai kumpulan marhaban di kampung saya adalah aktiviti yang sangat teruja dan tidak pernah dilepaskan oleh saya pada setiap kali Syawal.

"Ini adalah tahun pertama saya menyambut Aidilfitri tanpa ayah dan ibu yang telah meninggal dunia pada hujung tahun lalu. Walaupun sedih dan terkilan tetapi saya reda dan menerima ketentuan itu.

"Bagaimanapun, kesedihan saya akan terisi dengan menyertai aktiviti marhaban bersama kawan-kawan dan penduduk kampung. Insya-Allah, pada tahun ini, kami akan mengadakan aktiviti itu pada Hari Raya kedua," katanya dipetik sebagai berkata.

"Aktiviti marhaban dan menziarahi rumah teman-teman sekampung adalah waktu yang paling dinantikannya saban tahun kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

"Sejak berpindah ke Kuala Lumpur, saya tidak punya banyak masa untuk kerap pulang ke kampung kerana komitmen kerja.

"Hanya menerusi aktiviti marhaban dan beramah mesra ini sajalah peluang saya untuk bertemu kawan-kawan lama, berkongsi cerita dan bertukar perkembangan masing-masing," tambahnya.

Mengenai aktiviti seninya, menurut Aeril dia akan kembali sibuk dengan aktiviti lakonan selepas bercuti kira-kira dua minggu pada Hari Raya ini.

"Selepas Hari Raya, saya akan masuk set penggambaran drama berepisod Klik musim kedua dan Adam Hawa.

"Selain itu, saya juga menantikan jadual promosi untuk filem Cinta Kura-Kura yang dijangka ditayangkan selepas bulan Raya nanti,” ujarnya.



Klik untuk imej lebih besar...








No comments: