"Pada mulanya keluarga saya menetapkan tarikh untuk kami bernikah pada 1 Oktober 2011 tetapi akkhirnya kami membuat keputusan lebih baik majlis ini diadakan serentak dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011. Lagipun jaraknya tidak jauh.
"Walaupun ia besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami," ujar Noraniza Idris, 43, dipetik sebagai berkata ketika sidang media mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dia yang hadir bersama tunangnya, Jeffri Hudi, 52, iaitu bilal sebuah masjid di Singapura kelihatan tidak lokek berkongsi kisah cinta mereka. Katanya, dia mula terbuka hati untuk berkahwin dengan Jeffri, duda anak empat setelah mengenali hati budi lelaki itu.
Perkahwinan yang dirancang itu merupakan perkahwinan ketiga buat Noraniza dan perkahwinan kedua buat Jeffri. Noraniza sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki.
"Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan.
"Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu.
"Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini," katanya.
Sementara Jeffri pula tertarik dengan Noraniza kerana wanita itu memiliki sifat berwibawa.
"Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas.
"Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini," ujar Jeffri.
.
No comments:
Post a Comment