Sementara majlis resepsi mereka berdua pula akan berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Kota Tinggi Johor, sehari selepas nikah. Difahamkan, upacara persandingan pula akan dibuat secara besar-besaran apabila mereka berdua mendapat tajaan bernilai RM12 juta di Crowne Plaza, Kuala Lumpur.
"Kami telah mencetak sebanyak 1500 kad undangan berkulit keras dan akan mula mengedarkannya kepada para jemputan bermula hari ini. Saya juga turut mencetak lebih banyak kad undangan yang menggunakan rekaan serupa tetapi diperpuat daripada kualiti kertas yang lebih nipis untuk diagihkan kepada tetamu lain," ujar Norman sebagai berkata.
"Ini adalah kad undangan untuk majlis persandingan kami di Kota Tinggi, manakala untuk resepsi di Kuala Lumpur nanti, kami serahkan sepenuhnya oleh pihak perancang perkahwinan kami di sini," tambahnya.
Klik untuk imej besar...

Sampul (atas) serta Kad Kahwin (bawah) Norman dan Memey

.
No comments:
Post a Comment