11 August 2011

FAEZAH ELAI TEWAS DENGAN 'ANGELINA JOLIE'?

Ramai sedia maklum bahawa pelakon dan model popular Faezah Elai, 29, telah memilih bulan Disember 2011 untuk melangsungkan persandingan tepi pantai di Pulau Pinang bersama Heykal Hanafiah, seorang duda.

Beliau yang juga seorang Bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dipetik sebagai berkata, majlis akad nikah akan diadakan lebih awal iaitu pada bulan September.

"Majlis bertunang akan diadakan serentak dengan majlis akad nikah," ujarnya.

Namun yang menjadi lebih menarik kini ialah apabila ramai yang mendakwa bekas isteri Heykal sebenarnya lebih seksi dan menawan. wajah janda Heykal itu dilihat seiras 'Angelina Jolie' dan kelihatan amat menarik meskipun sudah mempunyai anak.

Malah dakwa segelintir pihak, Faezah memang 'tewas' jika mahu dibandingkan dengan bekas isteri bakal suaminya itu. Apa yang 'memenangkan' Faezah hanyalah disebabkan dia seorang artis yang hanya bergantung pada populariti semata-mata.

Benarkah begitu..?? Tepuk dada, tanya selera..!





Angelina Jolie sebenar...



.

No comments: