Bukan mudah mahu menguruskan anak kembar... tambah-tambah apabila bergelar seorang artis!
Itulah yang berlaku terhadap Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus, melayan karenah Imaan Lily dan Tiara Rose yang lahir pada 28 April 2011. Rumah mereka tidak pernah sunyi dan mereka berdua asyik melayan dan mengurus karenah dua permata hati itu.
“Imaan dan Tiara adalah kembar yang tidak seiras, jadi mudahlah untuk sesiapa sahaja mengenali mereka. Kata orang muka Imaan mirip saya, manakala Tiara pula orang panggil Nash Jr (Nazril).
“Kedua-duanya tidak banyak ragam tapi sesekali macam sepakat nak dera mami mereka. Memang kecoh sikit hidup saya sekarang ini, tapi saya seronok dapat melihat mereka setiap hari,” katanya dipetik sebagai berkata.
"Biarpun anak-anak saya masih kecil, namun awal-awal lagi saya sudah menempah sepasang kurung berwarna hijau pudina yang menjadi tema kami sekeluarga. Memandangkan saya dan suami menetap bersama ibu bapa, maka tidak perlulah bersusah payah membuat persiapan raya.
“Nak buat persiapan hari raya, diri sendiri pun tak lepas. Nasib baik tinggal di rumah mak, jadi semua sudah siap. Saya tinggal di sini sewaktu dalam pantang.
“Ingat nak balik ke rumah kami di Damansara, tapi rasanya bukan dalam waktu terdekat ini. Biar baby besar sikit. Di sini ramai yang sayang dan ambil berat perihal Imaan dan Tiara.
"Tambahan pula, raya kali ini rumah ibu merupakan tempat saudara mara berkumpul setelah datuk saya, Abd. Rahim Mustapha, 78, meninggal dunia dua minggu sebelum Ramadan lalu. Ibu tetap akan meneruskan tradisi seperti yang dilakukan di rumah arwah datuk di Ampang, Selangor.
“Masakan wajib dihidangkan adalah ayam kalio, rendang, lemang dan biskut raya. Saya paling suka makan ayam kalio iaitu rendang basah.
“Setiap kali hari raya, apabila saudara mara berkumpul memang riuh. Mana taknya, saya mempunyai ramai sepupu. Seronoknya, kami tiga orang ini bersalin pada awal, pertengahan dan hujung April. Sah hari raya ini berlawan tayang anak,” katanya.
Klik untuk imej lebih besar...
No comments:
Post a Comment