23 August 2011

KISAH CINTA BERNAFAS HARAM DALAM SENAPAS...

Rumah Anak Teater (RAT) dan Revolution Stage kini tampil dengan projek terbaru mereka melalui pementasan teater berbahasa Melayu 'SeNaPas' hasil tulisan dan pengarahan Khairnuazwan Rodzy. Pementasan ini telah mendapat kerjasama rasmi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antara pelakon-pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Aznah Mohamed Ramli dan Hasbullah Boolat

Teater ini akan dipentaskan pada 15 hingga 18 September 2011 jam 8.30 malam di Sto Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Caj masuk adalah atas sumbangan dengan kadar minima RM15 sahaja dan untuk tempahan tiket sila hubungi 017-2002944 (Faisal).

Sinopsis:

‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta.

Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji... untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM.

Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal.

Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain.

Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka.


Klik untuk imej besar...







No comments: