23 August 2011

GAMBAR KAHWIN KIM KARDASHIAN RM4.45 JUTA...

Wang adalah punca Paparazzi di Amerika mengganas!

Bayangkan apabila gambar-gambar eksklusif yang berjaya dirakam itu Dijual dengan harga jutaan ringgit dengan syarikat penerbitan. Dan itulah yang berlaku pada Perkahwinan Kim Kardashian apabila majlis perkahwinannya diceroboh Paparazzi dan mereka berjaya menjual gambar tersebut dengan harga cukup tinggi.

Bagaimanapun, Kim Kardashian nampaknya lebih bijak apabila majlis perkahwinannya dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries, telah dijual hak eksklusif kepada majalah People dengan harga USD 1.5 juta atau RM 4,45 juta.

Meskipun ada sebuah majalah lain yang telah membeli hak ekslusif pertunangan mereka pada bulan Mei lalu dengan harga USD 300,000 (RM896,640.00) dan majalah OK! menawarkan sebanyak USD100,000 (RM298,880.00) untuk membuat liputan secara eksklusif terhadap majlis bridal showernya, namun hak perkahwinan jatuh kepada majalah People yang menawarkan harga tinggi.

Kim Kardashian secara rasminya telah berkahwin dengan Kris Humphries di Montecito, California pada malam Sabtu 20 Ogos 2011. Ramai selebriti yang hadir. Antaranya ialah seperti Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan yang berjaya di rakam oleh lensa paparazzi.



















No comments: