24 August 2011

MERDEKA & RAYA DI MEDIA PRIMA...

Bertemakan 'Salam Syawal TV3 dan Di Hatiku Ada Raya TV9', stesyen televisyen bawah naungan Media Prima menceriakan sambutan Merdeka dan Hari Raya ini dengan pelbagai program menarik.

“Menerusi saluran televisyen yang sentiasa menjadi pilihan utama pada musim perayaan, TV3 tidak akan menghampakan jutaan penonton setianya dengan program-program menarik.

“Antaranya program majalah, muzikal dan variasi seperti Sampaikan Merdeka Raya, Melodi Raya, Fuhhh! Merdeka Raya, Mentor Raya, Raya Bapa Merdeka, 3 Gegaran, Sedetik Muzik, Kamilah Juara, Siapa Terhebat?, Di Bawah Rimbunan Madrasah dan Takbir Kembali sempena Hari Raya dan Hari Merdeka ini.

“Tidak ketinggalan juga drama-drama dan filem-filem hebat untuk tontonan semua seperti Cintaku 120KM/J, Sakura, Pusara Di Lebuh Raya, Janjiku Pada Al Walid, Nur Kasih The Movie, Adnan Sempit, Zoo dan banyak lagi,” kata Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dipetik sebagai berkata.



Klik untuk imej besar...





No comments: