19 September 2011

AHMAD IDHAM AMBIL PHD DI UUM

Berita Eksklusif...

Sejarah akan tercipta dalam industri perfileman tempatan, khasnya dan industri hiburan apabila Pengarah dan Penerbit Ahmad Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri bakal melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.

Untuk itu, satu majlis penyampaian watikah kemasukkan pengajian PhD di Universiti Utara Malaysia, akan berlangsung esok pada jam 3.00 Petang di Kuala Lumpur. Antara tetamu Kehormat yang bakal hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Untuk info, Ahmad Idham Ahmad akan mengikuti pengajian peringkat PhD dengan menumpukan kajian perihal masalah industri perfileman negara. Dengan pengajian itu juga, ia sekaligus dapat memperbaiki dan mempertingkatkan industri perfileman negara yang semakin rancak dewasa ini.

Syabas diucapkan buat Ahmad Idham..!




No comments: