Selain Twitter, beberapa akuan Facebook milik KRU seperti KRUTV, Yusry Abdul Halim, UTD Studios, dan juga KRU Studios turut sama digodam semalam dengan meletak gambar Jack Sparrow sebagai gambar utama.
Bagaimanapun, hingga pagi ini... gambar watak lakonan Johnny Depp dalam filem pirates of the caribbean itu masih berada dalam laman Facebook milik KRU. Motif atau tujuan perbuatan menggodam tersebut tidak diketahui.
Sementara itu Norman dalam reaksinya mengenai isu ini dipetik sebagai berakata:
"Ia dilakukan hanya untuk menyusahkan orang. Ia satu tindakan pengecut dan tidak bertanggungjawab. Namun demikian, kami tidak akan patah semangat. Kami akan meneruskan perancangan kami untuk membangunkan pangkalan data komuniti kami dan portal e-niaga kami."
"Kami akan membuat aduan rasmi kepada pihak Twitter dan Facebook. Buat masa ini kami telah pun membuat aduan kepada pihak Cyber Security dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Pihak kami juga akan membuat laporan polis berkenaan isu tersebut. Semua ini dilakukan bagi menegakkan keadilan dan mengembalikan hak kami."
Klik untuk imej besar...
Semalam... laman KRU digodam
Terkini... keadaan sedikit pulih
No comments:
Post a Comment