18 September 2011

AKHBAR BUAT ABBY NAIK ANGIN..!!

Berita Eksklusif..!!
Hubungan Abby Adabi dan dudanya makin panas apabila timbul kenyataan di media bahawa Memey mahukan jawapan jelas daripada Abby mengenai sengketa mereka.

Sengketa yang terbit antara Memey dan Abby masih belum jelas jalan penyelesaiannya. Ucapan maaf itu tidak dilakukan secara berdepan atau langsung kepadanya (Memey)... demikian petikan daripada akhbar tersebut yang membuat Abby naik angin.

KLIK UNTUK LIHAT KERATAN AKHBAR...

"Aduhaiiii... Pepagi lagi dah rasa 'panass hati' bila ada sms bagi tahu apa yang keluar dalam paper-paper hari ni. Saya ni mengalah dah, cuba dah bersabar walaupun tak cukup iman dan tak kuat manapun sebenarnya, huuurmmm.... Cubaan apakah ini?" Ujar Abby dipetik daripada Facebooknya.

"Ni satu lagi... Sumpahhhh! Demi Allah! Saya tak pedulipun pasal perkahwinan mereka. Dan Sumpah demi Allah! Saya tak maki hamun pun wartawan tu," ujar Abby lagi.

KLIK UNTUK LIHAT KERATAN AKHBAR...

Kemudian Abby mendakwa telah menghantar sms pada wartawan berkenaan apabila mendapat tahu apa yang mereka siarkan hari ni.

"Assalamualaikum, sorry menganggu ya.... Boleh saya tau apa yg keluar KOSMO hari ni tak? Kan ke saya dah minta maaf hari tu sebab saya memang takde mood dah nak bercakap pasal mereka, saya pun penat sebenarnya nak cakap sebab dah cakap banyak kali dah cakap benda yg sama...

"Kenapa boleh keluar kenyataan macam nak memburukkan saya pulak? Kenapa macam tu ya? Saya bagi tahu dengan ayat-ayat yang kasar ke? Saya cakap elok-elok kan? Sebab saya memang takde mood masa tu, ada masalah lain. Kalau pun saya tak dibantu, tapi kasihanlah dekat anak-anak saya jugak. Seronok nak bercerita tentang mereka, kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa macam tu? Apapun terima kasih atas apa yang keluar. Allah lebih mengetahui...," SMS Abby pada wartawan tersebut.

Terdahulu, Abby menyatakan beliau telah membuat satu majlis untuk meraikan hari jadi Baby Danisha sekaligus membuat open house di rumahnya.

"Alhamdullillah, selesai sudah 'majlis' untuk meraikan 'Baby Danisha' saya, kira open house sekalilah. kena buat sebab birthday anak-anak memang acara wajib untuk diri saya. Kalau saya tak buat, saya gagal! terima kasih ya pada yang membantu dan terima kasih juga pada yang sudi datang.

"Yang janji nak datang, tak datang.. Kite banned, ok bye lain kali jemput orang yang sudi je," ujar Abby penuh makna seolah-olah merujuk pada orang yang paling dekat, tetapi mungkir janji. Siapa ye??

Klik untuk imej besar...










Photo: Abby Abadi FB


No comments: