Album yang mengandungi 10 buah lagu itu nampaknya tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, malah ia telah melangkaui sempadan ke seluruh dunia. Menerusi teknologi terkini secara maya, para peminat Siti di seluruh dunia berpeluang untuk mendengar buah tangan terbarunya.

Minat yang mendalam terhadap album tersebut dapat dilihat melalui Twitter apabila penuh timeline #AllYourLove membicarakan tentang album Siti. Antara yang dibicarakan ialah kehebatan album itu serta tidak kurang juga yang mengutuk atau memberi pandangan.
Berikut antara lagu-lagu yang terkandung dalam album All Your Love:
1. All Your Love
2. Nobody Else
3. Tonight
4. All Over Again
5. I’ll Wait Forever
6. Falling In Love
7. I Cry Out
8. Fight For Love
9. Stand Up
10. Remember You (featuring Sean Kingston)
Album All Your Love diterbitkan oleh Whats Up Entertainment dan akan dilancarkan dalam satu majlis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 26 September ini. Album tersebut boleh diperolehi di toko muzik berdekatan mulai esok (24 September).
Sumber: Gua
No comments:
Post a Comment