02 September 2011

DAPUR ZIZAN NIN TERBAKAR DI PAGI RAYA

Kejadian yang tak disangka itu berlaku akibat kecuaian!

Demikian kata Zizan Nin mengenai kenangan mendebarkan bagaimana dapur rumahnya terbakar di pagi Hari Raya akibat kelalaian rakan-rakan serumahnya memasak juadah.

"Iinsiden itu berlaku pada tahun 1997 ketika saya masih menuntut tahun akhir di University of Leicester, England. Waktu itu, semua agak risau dan kelam-kabut. Lebih-lebih lagi ia berlaku pada pagi raya. Jadi, kami semua terus sama-sama memadamkan api itu bagi mengelakkan kebakaran lebih besar,” katanya dipetik sebagai berkata.

Selain kenangan tersebut, Zizan juga kehilangan ibunya beberapa tahun lalu. Kata pelakon popular itu, dia pernah bermimpikan arwah ibunya itu datang kepadanya.

"Saya rasa mungkin saya perlu membuat kenduri tahlil dan lebih banyak mendoakan arwah," ujarnya seolah-olah mengerti dengan maksud mimpi itu.

Menurut Zizan lagi, tahun ini dia berhari raya di Kuala Lumpur kerana isterinya bekerja. Hanya pada Hari Raya ketiga, barulah dia akan pulang ke kampung di Sungai Besar, Selangor untuk menziarahi kubur arwah ibu.

"Pada Hari Raya keempat saya kembali menyambung penggambaran beberapa projek drama bersiri," tambahnya.





No comments: