17 September 2011

GAMBAR BAHAGIA ABBY, ZUL DAN ANAK2..

Hanya tinggal kurang dua minggu sahaja majlis resepsi gilang gemilang Norman Hakim dan Memey Suhaiza di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Norman sempat berseloroh mengatakan Memey ini umpama isteri kedua, ‘isteri pertama’ Norman Hakim bakal terima layanan khas.

Sementara wakil Rafflesia, Bill Bora berkata mereka bakal menghantar undangan khas buat Abby Abadi untuk menghadiri majlis resepsi Norman Hakim dan Memey di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini seperti yang dilaporkan oleh Roti Kaya.

Mahukah Abby Abadi hadir ke majlis resepsi tersebut bersama kekasihnya Zul Ariffin? Mampukah Abby melupakan semua luka lama dan menyaksikan majlis gilang gemilang itu?

Sungguhpun begitu, nampaknya Abby dan Zul sangat bahagia sekarang. Semua itu dapat dilihat melalui percutian raya mereka yang dipaparkan melalui Facebook. Ayuh kita kongsi kegembiraan tersebut..!









Gambar terkini anak-anak Abby...






Photo: Abby Abadi FB


No comments: