03 September 2011

HARI RAYA - SAIDA AF6 SEDIA TERIMA SUAMI

Kebiasaannya, penceraian memang memberi kesan besar pada anak-anak yang tidak mengerti mengapa ibu bapa mereka perlu berpisah? Namun jika itu yang sudah ditakdirkan, sebagai manusia kita hanya mampu berserah dan berdoa yang terbaik untuk hari mendatang.

Begitu juga halnya dengan bekas peserta Akademi Fantasia (AF6), Siti Norsaida Tarudin, 35, atau lebih dikenali sebagai Saida AF6 yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, 41. Meskipun dalam proses penceraian yang difailkan pada 6 Oktober 2010, namun Saida tidak menolak sekiranya suami meminta untuk beraya dengan anak-anak pada Hari Raya.

“Saya beraya dengan empat orang anak saya di rumah ibu saya di Kuala Lipis, Pahang pada Hari Raya ini. Tetapi saya masih membenarkan sekiranya suami mahu beraya dengan anak-anak,” katanya dipetik sebagai berkata.

"Saya meraikan Hari Raya secara sederhana dan perasaan sedih pasti menyelubungi diri saya apabila pertama kali beraya sendirian tanpa suami. Tetapi saya tidak akan menunjuk perasaan sedih itu kepada anak-anak dan cuba menggembirakan mereka.

"Selain beraya dengan ibu dan adik-beradik yang lain, saya juga teruja menyambut Hari Raya dengan nenek sebelah ibu yang sudah berusia hampir 90 tahun," tambahnya yang mendirikan rumah tangga di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996.



Tinggal kenangan:
Mohd Ghazali, Saida, Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid, dan Siti Nurul Mashitah






No comments: