27 September 2011

MAJLIS HARI JADI ANAK ASHRAF SINCLAIR


Dengan bertemakan 'lanun', pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 telah diraikan di taman tema Play Park, Kemang, Jakarta, Indonesia. Beberapa orang tetamu khas turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga dipetik sebagai berkata dalam DetikHot.

Klik untuk imej besar...


Tambahnya, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," ujarnya.

Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah.

"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambahnya lagi.

No comments: