23 September 2011

MIMPI KIAMAT PUNCA DIANA AMIR INSAF

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," ujar pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir, yang mula memakai tudung sejak isnin lalu.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Bila ditanya mengenai masa depan kerjaya seninya, kata Diana dia tidak menjanjikan apa-apa kerana yakin rezeki adalah ketentuan Allah. Sehubungan itu, dia telah bertemu dengan penerbit David Teo untuk meminta kelonggaran watak sekiranya masih diberi kepercayaan untuk berlakon.






No comments: