"Assalamualaikum dan good morning! Pagi ni Saya bangun tidur, Saya terus siapkan baju anak-anak (Danish dan Dania) untuk mengikut Papanya bernikah di Johor. Baby tinggal jaga Mama," ujar Abby di laman Facebooknya.
Namun dalam keceriaan Norman dan Memey untuk menjadi suami isteri, ada duka yang masih terpendam dalam lubuk jiwa Abby.
"Hidup Saya sekarag ni tidaklah sebahagia yang disangka. Biasa-biasa je, macam orang lain juga. Adakalanya suka, seronok, ketawa dan gembira.. Adakalanya duka, sedih, menangis macam org gila! Huhu.. Lebih tragis, bila sedih sorang-sorang, menangispun takde orang pujuk... kasihankan? Sampai bengkak-bengkak biji mata, huhu..
"Sejujurnya, masih belum ada yang boleh menerima Saya seadanya. Yang selalu disebut-sebut tu, 'biarlah menjadi 'rahsia' Saya. Tapi bertuahnya rasa bila ramai di sini yang mendoakan kebahagian buat Saya. Terharu... Harapan Saya, moga 'doa' kalian termakbul, dan 'bahagia'itu akan menjadi milik Saya... Doakan yer," luah Abby seolah-olah ada rahsia besar yang tersembunyi.
Rahsia apakah itu? Mungkinkah ada kaitan dengan hubungannya bersama Zul? Hanya Abby sahaja sebenarnya yang mampu menjelaskan apa yang dipendamnya. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bersabarlah Abby!
Klik untuk imej besar...





Photo: Abby FB
No comments:
Post a Comment