25 September 2011

NORMAN HAKIM NIKAH SEKALI LAFAZ


Sekali lafaz sahaja!

Demikian pantasnya pernikahan antara Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 dengan Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Norman Hakim telah dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.

Sejumlah lima dulang hantaran daripada pihak lelaki iaitu berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak perempuan pula telah membalas tujuh dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.

Majlis resepsi akan diadakan hari ini pada lokasi yang sama. Tahniah Norman dan Abby, moga berbahagia hingga ke anak cucu!

Klik untuk imej besar...










Photo: rotikaya

No comments: