14 September 2011

RM1,600 TAK CUKUP - IBU SHAFNIE

RM1,600 memang tidak cukup!

Demikian dinyatakan oleh Rapiah Ab Talib, 62, Bekas ibu mertua kepada pelakon, A.C Mizal di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang, Selangor. Dakwanya lagi, jumlah tersebut sebagai nafkah bulanan untuk seorang anak remaja adalah tidak mencukupi meskipun mengakui ia menyamai gaji permulaan seorang lulusan ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Rapiah memberi keterangan selaku saksi kedua dalam permohonan yang difailkan oleh anaknya, Shafnie Zainudin, 36, terhadap A.C. Dalam tuntutan itu, Shafnie, memohon untuk menaikkan jumlah nafkah dua anaknya yang diperoleh hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya itu yang berjumlah RM300 menjadi RM3,770 sebulan selain menuntut RM9,000 sebagai perbelanjaan tahunan.



bagaimanapun, apabila dirujuk dengan dokumen perjanjian bertarikh 22 Disember 2004 antara Shafnie dan A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa A.C selaku bapa hanya perlu membantu perbelanjaan sekolah anak di sekolah penuh bantuan kerajaan sahaja, bukan swasta.

Justeru itu, apabila ditanya mengapa Muhammad Shafiq Iman dihantar ke sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini, kata Rapiah Sekolah swasta itu sekolah agama. Mereka mementingkan dunia dan akhirat.

"Antara subjek yang diajar di sekolah itu adalah mata pelajaran berkaitan syariah, sirah dan Bahasa Arab," tambahnya.

Rapiah juga tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa bayaran pembantu rumah yang diminta oleh Shafnie bukanlah sesuatu perbelanjaan yang wajib.

Jelasnya, pembantu rumah itu ditugaskan untuk menjaga, menggosokkan baju dan memasak untuk anak-anak Shafnie kerana dirinya tidak sihat manakala Shafnie bekerja di Shah Alam, Selangor dan ada kalanya akan pulang pada waktu malam serta banyak bekerja pada hujung minggu.

Siti Aishah: Menggosok baju dan memasak adalah tanggungjawab seorang ibu. Saya katakan sebab plaintif sibuk dengan kerja, maka dia telah mengabaikan tugasnya. Maka, dia yang perlu membayar pembantu rumah?

Rapiah: Tidak setuju.

Dalam soalan lain, Rapiah memberitahu bahawa bayaran percutian adalah satu keperluan setelah penat mengulang-kaji pelajaran, namun dia bersetuju bahawa anak-anak tersebut tidak akan 'mati' sekiranya tidak dibawa bercuti.

Siti Aishah: Adakah defendan (A.C Mizal) perlu membayar kos percutian?

Rapiah: Ya, kerana yang bercuti adalah anak-anaknya.

Siti Aishah: Adakah kos termasuk juga dengan perbelanjaan plaintif semasa bercuti?

Rapiah: Habis, tak akan plaintif tidak ikut? Hanya anak-anak sahaja?

Siti Aishah: Seronoklah begitu, semua orang hendak bercerai. Pergi bercuti bekas suami yang bayar.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menegur Komen spontan yang diajukan oleh peguam syarie terbabit dang mengingatkannya untuk hanya bertanyakan perkara yang perlu sahaja.

Mengenai keterangan Rapiah yang mengatakan A.C Mizal mampu untuk memakai kereta mewah, dia mengakui bahawa perkara itu hanya diketahui daripada surat khabar dan majalah yang tidak menyatakan harga sebenar dan cara pembelian kereta terbabit sama ada dibuat secara tunai atau pinjaman.

Dia juga mengakui bahawa hanya mengetahui mengenai lakonan A.C Mizal di televisyen apabila diberitahu oleh anak-anak tersebut menyebabkan saksi tidak dapat memastikan jika pelakon itu memegang watak utama atau watak sambilan.

"Saya hanya nampak lakonan di televisyen sekilas. Saya tak tengok kerana tak berminat," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Beliau turut menafikan bahawa Shafnie pernah berkata bahawa dia tidak mahu menerima wang dari A.C Mizal kerana beranggapan wang daripada hasil lakonan adalah haram.

Perbicaraan akan bersambung pada 21 November 2011 untuk membolehkan Rapiah disoal balas oleh peguam syarie Shafnie.


BERITA TERDAHULU:
JANDA AC TERPAKSA PINJAM WANG


No comments: