21 September 2011

SAYA ALAMI TEKANAN DARAH RENDAH - MARSHA

Marsha Milan Londoh telah membuat sidang media sebentar tadi bagi menjelaskan perihal dakwaan beliau menelan sejumlah 30 pil hingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Sidang media tersebut telah berlangsung di Alibi Music, Bangunan KLK, Mutiara Damansara, Petaling, Selangor.

“Malam sebelum insiden tersebut berlaku, saya memang rasa tidak sihat dan sedikit lemah. Memang rasa lain macam sangat. Selepas saya ambil ubat antibiotik dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur,” kata Marsha dipetik sebagai berkata.

“Keesokan harinya, saya ambil ubat lagi sebelum keluar makan tengah hari. Kondisi saya ketika itu pun masih lemah lagi. Malangnya, kereta yang dipandu saya terlanggar pembahagi jalan. Apabila saya balik rumah, semasa menuruni tangga, saya terjatuh dan pengsan. Rumah saya berada di tingkat bawah, jadi saya memang kena turun tangga.



“Saya tak tahu daripada mana datangnya cerita berkenaan. Jika benar saya telan 30 pil, rasanya saya memang tiada di sini lagi. Sebetulnya, saya tak buat perkara itu," jelasnya.

Ikuti temubual berikut dengan Oh Bulan!...

OB: Adakah tekanan darah rendah disebabkan masalah peribadi?

MARSHA: Kalau nak kaitkan insiden ini dengan masalah peribadi, rasanya memang tiada kena mengena. Sebelum ini, saya sudah banyak kali lalui perkara ini, jadi memang tiada apa-apa pun.

Sebagai pengetahuan, saya memang alami penyakit sinobronchitis sejak lewat tahun 2009. Apabila penyakit ini menyerang, vokal suara saya turut terganggu. Antara organ yang turut terjejas ialah salur pernafasan. Jadi, ia turut menjadi penyebab kepada tekanan darah rendah.

OB: Adakah Marsha selalu bergaduh dengan bekas teman lelaki?

MARSHA: Gaduh itu perkara biasa, tapi ia memang tiada kaitan dengan insiden itu. Sewaktu perkara ini terjadi, saya sudah 2 minggu putus cinta. Lagipun, hubungan kami memang tak pernah serius. Jadi memang saya tak terjejas dengan cerita peribadi itu.

OB: Adakah bekas kekasih melawat Marsha di hospital?

MARSHA: Ada.

OB: Setakat ini, Marsha berada di bawah pemerhatian?

MARSHA: Ya, saya masih berada di bawah pemerhatian dan akan berjumpa dengan doktor beberapa kali.

OB: Kenapa baru Marsha jelaskan kepada media, hari ini?

MARSHA: Soal kerja dan bermacam-macam lagi isu berbangkit dikhuatiri akan menyebabkan saya tertekan. Jadi, pihak perubatan menasihatkan saya supaya tidak berada dalam situasi berkenaan. Saya akan kerja semula mulai minggu ini dan akan melancarkan lagu soundtrack untuk filem Mantra berjudul 'Tak Perlu Selamanya'.


No comments: