06 September 2011

TUTUP KONTROVERSI LEPAS NIKAH - FAEZAH ELAI

Seperti sudah letih dengan pelbagai kontroversi yang melanda hubungannya dengan bekas suami orang, Heykal Hanafiah, 38, pelakon dan model Faezah Elai, 29, mahu menutup semua hinaan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya selepas nikah.

"Saya mahu menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai sebuah keluarga bahagia. Saya berharap selepas pernikahan saya pada 9 September ini, ia dapat menutup semua cakap-cakap dan hinaan orang terhadap saya dan Heykal.

"Saya hanya mahu menjadi seorang isteri yang mithali dan menjalani kehidupan bahagia seperti orang lain," katanya dipetik sebagai berkata.

Faezah dan Heykal bakal melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini pukul 3 petang di rumah faezah sendiri di Gelugor, Pulau Pinang. Satu majlis resepsi pula akan diadakan di sebelah pihak lelaki pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang sebelum mengadakan majlis resepsi kedua bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 4 Disember.

"Bagi majlis pernikahan ia hanya dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga kami dan media sahaja. Bagi rakan artis pula akan dijemput ke majlis resepsi pada 3 dan 4 Disember.

"Namun begitu saya belum lagi membuat senarai tetamu undangan dan edarkan kad jemputan kerana tarikh pada bulan Disember masih jauh lagi.

"Perasaan saya, masih lagi tidak percaya bakal bergelar isteri kepada Heykal. Malah ia bercampur baur, bimbang, takut dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang. Saya harap majlis tersebut akan berjalan lancar seperti diatur," jelas Faezah.


Klik untuk imej besar



No comments: