10 October 2011

10 SOALAN UNTUK ROSYAM NOR


1. Perkara yang mesti dibuat sebelum tidur?

Basuh muka, kaki dan gosok gigi. Kemudian saya akan menonton televisyen sekejap dan akan melihat diari kerja yang perlu dilakukan keesokan harinya.

2. Tabiat buruk Rosyam Nor?

Saya seorang yang cepat marah. Pada masa yang sama, hati saya cepat sejuk tau.

3. Jumlah wang yang dihabiskan untuk penjagaan diri setiap bulan?

Tak banyak pun. Biasanya di antara RM200 hingga RM300 sahaja.

4. Ingat lagi ayat pertama Rosyam ketika mengurat isteri sebelum berkahwin?

Aduh. Tak ingatlah. Maklumlah, dah 22 tahun kami mendirikan rumah tangga.




5. Berapa bilangan nombor telefon dalam telefon bimbit?

Sangat banyak. Dalam 4,000 lebih.

6. Kalau diberi pen dan kertas, Rosyam akan tulis...?

Saya tak suka menulis.

7. Kartun kegemaran?

Teletubbies! Sebab watak dalam kartun itu comel.

8. Binatang yang paling ditakuti?

Ular! Tidak pun, apa-apa juga jenis reptilia.

9. Pernah kena denda di sekolah?

Pernah! masa tingkatan empat. Saya kena rotan di depan khalayak ramai.

10. Dalam bonet kereta mesti ada apa?

Kasut, beg dan jaket. Ia amat penting bila saya perlu bertukar pakaian untuk pergi mesyuarat.

No comments: