25 October 2011
BILA FAEZAH ELAI UGUT JAJA NADZIR
Mungkin akibat tidak tahan diserang bertalu-talu, akhirnya Faezah Elai bakal meletupkan bom atom yang kemungkinan menghancurkan seluruh alam semesta! Dalam Twitt terbarunya, Faezah mengugut bakal mendedahkan rahsia dan gambar Jaja Nadzir, janda suaminya yang didakwa 'mengganggu' kebahagiaan yang baru dibinanya.
Semuanya gara-gara luahan hati Jaja yang berbunyi:
"Hidup kena ikhlas... tak payah nak jeles-jeles tau jangan nak campur kehidupan orang if u cant handle the heat! Bertutup kepala, hati @ mulut hanya Allah SWT yang tau keikhlasan kita not for u to JUDGE - wahai manusia."
"What? Me? Jealous of you? Hahaha you must be joking, jangan sampai aku tunjuk barang tok bomoh kau tu dan gambar tengah merokok, menyusu anak tapi merokok!" Ugut Faezah dalam twitternya.
Namun ugutan Faezah itu kemudiannya dibalas oleh Jaja dengan tenang, "The answer tersangat laa simple - not worth fighting for - so bagi yang tertanya-tanya usah tertanya-tanya lagi okey.. ha ha ha..."
Melihat situasi tersebut, dapatlah kita fahami bahawa peperangan antara Fezah dan Jaja masih belum selesai. Faezah nampaknya masih tidak berpuas hati dengan pelbagai luahan yang diketengahkan oleh Jaja dalam facebooknya dulu.
Maka dengan itu perang twitter dan facebook pasti akan terus berpanjangan sekaligus membuka 'pekung' dan 'aib' masing-masing. Bak kata pepatah, gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah...!
Klik untuk baca komen Faezah...
Klik untuk baca komen Jaja...
No comments:
Post a Comment