06 October 2011

BILA FANPAGE ABBY JADI TEMPAT MENGUTUK


Fuuhhh... panas sungguh kisah Abby Abadi yang dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kerana mengalami stress melampau baru-baru ini. Al-kisahnya terdapatlah segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata kurang enak di laman Facebook Abby hingga terpaksa ditapis, dipadam dan diblocked oleh admin FB tersebut yang bernama Habib.

"Saya terpaksa blocked manusia-manusia yang serba tak kena je dalam ini ye. Saya sebagai ADMIN pun berkali-kali dah bagi tahu jangan sebut lagi, TIADA KENA MENGENA! sebut jugak. Ini bukan fanpage utk meminta simpati ye. Abby Abadi tak pernah terima apa-apa pertolongan pun dari sesiapa kalau tak bekerja. Fanpage ini page untuk berkongsi dengan penyokong-penyokong yang selalu ingin tahu perkembangannya. Salah ke?" tulis Admin Habib seolah kecewa.

Kalau difikirkan, memang betullah kata Habib tu... FB Abby adalah tempat untuk pelakon dan penyanyi itu berkongsi cerita dengan peminatnya. Bukan tempat menagih simpati atau tempat kutuk mengutuk antara satu sama lain.

Dalam hal ini, moga Abby tabah dan kembali sihat seperti sediakala. Jom kita lihat gambar terkini Abby yang sedang menjalani rawatan di hospital tersebut..!


Klik untuk imej besar...


Gambar sebelumnya...


No comments: