07 October 2011

SAIDA AF6 SAH BERCERAI TALAK SATU


Akhirnya, apa yang dimahukan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF6) Saida atau penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, menemui nohtah. Dia dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, telah sah bercerai hari ini dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Saida dilaporkan telah menebus talak dengan bayaran RM1,000 pada prosiding yang diadakan di mahkamah tersebut.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Saida memberitahu yang dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Tinggal kenangan - klik untuk imej besar...



Sementara itu, Mohd Ghazali pula mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga yang mereka dibina sejak 15 tahun itu jadi terabai. Beliau turut mendakwa pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, Selangor

Dengan penceraian tersebut, maka semua kontroversi yang melanda mereka berdua akan terus menjadi teka teki. Antaranya ialah tentang apakah punca penceraian itu sebenarnya... curang, tidak hormat orang tua atau sebaliknya?

Hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini, Saida dan Mohd Ghazali mempunyai empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Untuk info, Saida ialah kakak kepada penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang berasal dari Lipis, Pahang.

No comments: