07 October 2011

FIDA SAHKAN 'PUTUS CINTA' DENGAN MAMAT


Ini berita yang baru kami terima melalui rotikaya mengenai hubungan Fida dan Mamat Sepah. Khabarnya apabila dihubungi, Fida mengesahkan bahawa antara dia dan Mamat kini sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi... atau lebih tepatnya putus cinta!

“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung dan memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu.

“Tetapi, selepas difikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri disebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu diputuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk," ujar Fida dipetik sebagai berkata melalui telefon.

Ikuti perbualan lanjut antara rotikaya dan Fida:




Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?

“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini."

“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja."

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?

“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni."

Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?

“Fida harap dimasa akan datang kalau kita dijodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua."

* Sumber: Thanks to rotikaya

No comments: