"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," kata Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search dipetik sebagai berkata dalam majlis pelancaran singlenya berjudul Simetri, di Kuala Lumpur.
Amy berkata demikian sebagai mengulas persoalan yang diajukan oleh media mengenai gambar-gambar 'hangat' anaknya, Nabila Huda, 27, yang didakwa berkelakuan kurang senonoh dan berparty liar di Pulau Tioman baru-baru ini bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

"Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.
"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," tambah Amy.
Gambar yang didakwa sebagai Nabila..!!
Klik untuk imej besar...

BERITA TERDAHULU:
GAMBAR ARTIS 'JANDA ANAK SATU' CIUM MULUT
LAGI GAMBAR-GAMBAR 'JANDA' DI PULAU TIOMAN??
No comments:
Post a Comment