28 November 2011

ISU GAMBAR CIUM - NABILA HUDA MENGAMUK..!


Gara-gara mengatakan masih sayang 200 peratus terhadap Nabila Huda, bekas suami Nabila, Zaidy Zaizali dimarahi oleh bekas isterinya di Twitter. Daripada penelitian penulisan pelakon itu, jelas dia memarahi Zaidy kerana mengutuknya dan mendakwa Zaidy tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada anak mereka.

Selain Zaidy, Nabila juga didakwa telah bergaduh dengan beberapa individu yang menegurnya tentang isu cium mulut dan berbikini. Padahal sebelum ini Nabila seperti sudah insaf dan memohon maaf di atas apa yang dilakukannya itu.

Zaidy, kena marah...





Kesimpulan daripada perkembangan terbaru ini, Nabila harus mengawal perasaan sekiranya benar-benar merasa bersalah atas apa yang berlaku di Pulau Tioman baru-baru ini. Namun jika dia terus bergaduh dan memaki hamun di Twitter, permohonan maafnya sebelum ini hanya sia-sia dan ia bagaikan 'mencurah air di daun keladi' semata-mata.

Screenshot Twitter Nabila...
klik untuk imej besar




No comments: