Kontroversi membabitkan lagu Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai nampaknya masih belum berakhir. Terbaru, trofi yang dimenangi oleh penyanyi bertudung pada AIM 18 lalu kemungkinan besar akan ditarik balik.
Ini berikutan trofi tersebut dikatakan akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.
Trofi Yuna harus dipulang semula?

Khabar angin yang bertiup kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu 'Penakut' dinobatkan sebagai lagu terbaik keseluruhan AIM 18, sedangkan lagu itu tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Ini kerana, kebiasaannya Lagu Terbaik akan dipilih daripada juara kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid dan Etnik Terbaik.
Kalau mengikut hukum, Lagu Terbaik AIM 18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).
Apatah lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Sungai Lui (Aizat) dan Dengarkanlah (Datuk Sheila Majid).
Sehubungan itu, mahu tidak mahu Yuna terpaksalah memulangkan apa yang telah dijulangnya pada malam AIM 18 itu. Meskipun akan menimbulkan kontroversi, rasa tidak puas hati peminatnya dan memalukan artis bertaraf antarabangsa itu, namun semuanya harus ditelan jua.
Inilah yang dikatakan, rumah telah siap... tapi pahat masih berbunyi!
No comments:
Post a Comment