Setelah popular dikalangan penonton, drama rantaian Juvana yang pernah ditayangkan di TV3 akan difilemkan pula. Jika sebelum ini ia dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Izreen Azminda dan beberapa pelakon lain, namun untuk filem ia mungkin berlainan.
Ia berdasarkan produksi filem yang mahu mencari pelakon lain bagi membintangi filem tersebut untuk lakonan yang lebih segar.
Malah populariti yang dicapai oleh pelakon terdahulu tidak menjanjikan mereka mempunyai ruang mudah dalam filem yang bertajuk 'Juvana The Movie' itu.
Salah satu adegan Drama Juvana
Klik untuk imej besar...

Bagaimanapun, pengarah drama Juvana sebelum ini iaitu Faisal Ishak telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengarahkan filem tersebut. Untuk info, corak cerita versi filem akan berkisar selepas kejadian rusuhan di Sekolah Wira Bakti dan sebelum penghuninya mencapai kejayaan.
Persoalannya sekarang, siapakah yang akan menerajui Juvana The Movie sebagai pelakon utama? Mungkinkah pelakon baru yang masih segar atau pelakon lama yang mempunyai pengalaman melakonkan watak 'botak'?
Apa-apapun... kita tunggu keputusannya nanti selepas pihak produksi terbabit selesai menjalankan ujibakat sekitar Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada hari ini dan esok (23 dan 24 Nov). Kerana harapan kita sebagai penonton, moga filem yang bakal dicanangkan itu nanti akan lebih hebat berbanding dramanya yang baru-baru ini menjulang anugerah 'Drama Rantaian Terbaik' Anugerah Skrin 2011.
Pelakon Juvana - masing-masing telah mengecapi populariti...

No comments:
Post a Comment