10 December 2011

JEMBALANG GANGGU PIERRE ANDRE?


Gambar ini secara tidak sengaja menampilkan satu lembaga misteri semasa penggambaran filem yang melibatkan pelakon dan pengarah Pierre Andre di sebuah rumah tinggal di Ampang, Selangor. Menurut dakwaan krew penggambaran, segelintir daripada mereka pernah diganggu oleh ‘jelmaan’ yang tiba-tiba menyerang mereka.

Lebih memelikkan, Pierre dan adiknya Mikael Andre yang turut berlakon dalam filem tersebut terpaksa berubat atas sebab-sebab tertentu. Namun tidak pula diketahui apakah mereka berdua berubat kerana demam atau kerana kena sampuk jembalang.

Klik untuk imej besar...




Bagaimanapun, menurut cerita penduduk setempat, kawasan penggambaran itu memang keras dan menyimpan seribu misteri. Itu kata penduduk, kata segelintir pihak pula mungkin berlainan iaitu kemungkinan MIG hanya sekadar membuat gimik untuk melariskan filem itu nanti.

Apa-apapun... Allahulam..!


No comments: