10 December 2011

NORISH KARMAN NAFI HAMIL LUAR NIKAH


"Siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua?" Demikian soalan Norish Karman apabila diajukan dakwaan hamil luar nikah oleh media.

Kontroversi tersebut timbul apabila Norish dikatakan lama menghilangkan diri daripada dunia seni. Lantaran itu, ada yang mendakwanya mahu menyorokkan kehamilan tersebut kerana malu dengan cemuhan masyarakat.





Bagi menjawab persoalan tersebut, pelakon yang pernah popular dengan drama Spa Q itu berkata, dia enggan mengambil tahu berita sensasi yang digembar-gemburkan kerana dia lebih menyibukkan dirinya dengan tugas dan anak-anak.

Antara tugas-tugas tersebut ialah menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan membuat perbincangan dengan komposer bagi menyiapkan album pertamanya.

“Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

“Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

“Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh… tapi kita borak pasal kerja sahaja,” katanya dipetik sebagai berkata.

Malah ketidakhadirannya di Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur rabu lalu hingga menghampakan segelintir media turut bersebab. Katanya ketika itu dia amat sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

“Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri).



“Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar.

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas," ujarnya.

No comments: