23 December 2011

TIZ ZAQYAH KENA TIPU, AHLI KELAB RUGI RM60,000


Apa nak jadi dengan dunia hari ini yang penuh penipuan dan pembohongan. Kawan jadi lawan, teman rapat jadi musibat dan ahli kelab jadi kaki songlap!

Dan episod sedih itulah yang berlaku terhadap pelakon popular Tiz Zaqyah yang terpedaya dengan janji manis pihak yang menyamar sebagai peminat. Ini kerana, angan-angan untuk bersama peminat setia yang lain untuk ke Perth, Australia dalam program 'Percutian Cik Qyah' kini hanya tinggal memori pahit semata-mata.





Sebab disaat-saat akhir, terbongkar satu penipuan terancang yang bukan sedikit kerugian bagi pihak Tiz dan peminat setia. Ia dianggarkan hampir mencecah RM60,000 apabila melibatkan wang peminat yang mahu menyertai rombongan tersebut.

Dakwa Tiz, kepercayaan pada salah seorang ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) yang mencari peserta bagi menyertai program tersebut akhirnya membawa padah. Setiap ahli yang membayar RM1,700 sehingga RM1,900 telah terpedaya dengan janji manis penipu itu yang mengambil kesempatan.

Hal ini telah dijelaskan sendiri oleh Tiz dalam facebooknya yang kemudian mendedahkan wajah dan identiti penipu tersebut. Antara yang didedahkan ialah nama penipu yang dimaksudkan dikenali sebagai 'Kak Sherry' oleh ahli kelab peminat Tiz Zaqyah.

Sehubungan itu, Tiz dikatakan telah membuat laporan polis bagi mengesan individu tersebut. Dan jika anda kenal orang ini... sila laporkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan selanjutnya.

Gambar individu yang didakwa bertanggungjawab menipu
Klik untuk imej besar...



Gambar individu yang didakwa bertanggungjawab menipu
Klik untuk imej besar...



No comments: