02 January 2012

AKHIRNYA CHEF WAN MENGALAH..!


Mungkin ada segelintir pihak yang tertanya-tanya, kenapa Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menegur orang boleh... tapi bila orang lain tegur dan komen tentang dirinya tiba-tiba dia marah dan mahu menutup facebooknya! Alasan Chef Wan, dia tidak mahu ada pihak yang 'bertikam lidah' dan 'bermusuhan' di laman facebooknya gara-gara isu Maharaja Lawak Mega dan sebagainya.

Ekoran rentetan 'perang siber'tersebut, Chef Wan dikatakan sedih lantas beriya-iya mahu menutup facebooknya yang kini sudah mencecah lebih 85,000 'like' itu. Kata Chef Wan, bermula 1 Januari 2012... laman tersebut akan 'di kunci' bagi mengelakkan perbalahan lebih besar berlaku.

Klik untuk imej besar...




Namun beberapa jam selepas pengumuman itu, Chef Wan tiba-tiba menulis status yang dia tidak jadi untuk menutup facebooknya kerana sayangkan peminat yang benar-benar menyokongnya. Dan pengumuman Chef wan ini pastinya disambut gembira oleh sebilangan besar peminatnya... dan bagi yang benci dan mengutuknya, mereka pasti turut gembira kerana ternyata Chef wan terpaksa 'menjilat ludah sendiri'.

"Happy New Year to all of u.Alhamdulilah after reading all your comments i tak sampai hati nak tutup this fan club especially for all the loyalty and kindness as well as understanding that u have shown me through out our friendship here.Of all people i should take everything in a positive way buruk atau baik afterall i am the one with all that fabulous energy and strong will power kan.Just ignore all this Langaus sudah lah...hee hee i can hear they are coming now!



"Mereka ni sudah tentu suka jaga tepi kain orang and jadi batu api and will always remained with that attitude pun.Kita delete sahaja lah.Lagi pun when they hear this good new lagi la berulat hati mereka sampai bertarung lagi nak tengok i jadi ke tidak tutup fan club ini.Hee hee to them always remember u are trap!The wiseman will always have the last laugh! Peace Ya!

"I always believed that life is one huge sacrfies.So what if i have to tell the press and swollow what i said in a honest way that the reason why i decided not to close this Fan Club is because i really value the kindness of all my friends here and yes i will sacrify for my fans and this is the time to show all of u that i really tak sampai hati kerana sayangkan all of u," ujar Chef Wan melalui facebook.

Kesimpulannya, inilah yang dikatakan 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'. Keputusan awal untuk menutup facebook tersebut sebenarnya bukan satu keputusan mudah kerana ia pasti menghampakan puluhan ribu peminat tukang masak selebriti itu.

Manakala keputusan saat akhir untuk tidak jadi menutupnya pula seolah-olah 'memalukan' Chef Wan sendiri dan ia dilihat sebagai 'cakap tak serupa bikin'.

Apa-apapun, dalam hal ini sebenarnya Chef Wan telah bertindak bijak dengan mengambil keputusan segera sebelum 'nasi menjadi bubur'. Kerana dalam industri hiburan, masakan dan sebagainya, bukan semua orang sukakan kita. Ini kerana, dalam setandan pisang, pasti ada sebiji dua yang busuk. Tak gitu?



No comments: