04 January 2012

ALLY ISKANDAR & FARAH LEE KAHWIN JANUARI 2012?


Entah betul entahkan tidak, ada sumber dalam TV3 mendakwa Ally iskandar akan berkahwin pada 20 jan 2012 ini. Gadis yang bakal dikahwininya tak lain tak bukan ialah Farah Lee, 22, dari Terengganu yang pernah kami gosipkan dahulu.

Menurut sumber itu lagi, majlis perkahwinan tersebut bakal dilakukan secara sederhana dengan membuat kenduri kesyukuran. Jika benar dakwaan sumber ini, maka kami di myartis ingin mengucapkan syukur dan tahniah kerana Ally bakal mengahwini gadis yang cukup manis dan baik imannya.

Klik untuk imej besar...




Untuk info, terdahulu Ally dikhabarkan telah merisik Farah di kampung halamannya. Ketika itu, ada mata yang melihat Ally memakai baju Melayu warna putih purple cream.

Lebih menguatkan dakwaan, latar belakang sekeping gambar Ally yang berada di rumah gadis tersebut sama dengan latar belakang rumah Farah. Dan bila soalan tersebut diajukan oleh media, baik Ally mahupun Farah, masing-masing tidak mengiyakan dan tidak menafikan gosip tersebut.



Sedikit mengenai Farah Lee -
Birthday: March 12, 1989
About: Live for Allah. Die for Allah
Description: A Caliph of Allah. An ummah of Rasullullah. A Da'ie. A third year Mechanical Engineering student in South Korea.
General Information: I am pleased with.. Allah as my Lord, Islam as my religion, Muhammad as my Prophet.

Sedikit mengenai Ally Iskandar -
Nama penuh: Ally Iskandar Mohd Mardzi
Pekerjaan: Pengacara dan penerbit TV3
Info: Dilahirkan pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu serta menetap di Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat



Farah... amat menyukai kanak-kanak...







Gambar atas: Latar belakang merah jambu dan tikar getah (anak panah) yang didakwa sama dengan latar belakang dalam gambar Ally merisik (gambar bawah)...



No comments: