21 January 2012

AZEAN IRDAWATY DIFITNAH MENINGGAL..!!


Ramai pihak yang 'terkejut beruk' apabila timbul dakwaan melalui laman sosial dan SMS bahawa Seniwati Negara, Azean Irdawaty sudah meninggal dunia. Padahal pihak media baru sahaja berbual bersama Azean menerusi telefon dan ia sekagigus mengesahkan bahawa seniwati itu masih bernafas di bumi Allah ini.

Malah anak perempuan Azean iaitu Elza Irdalynna turut mengirimkan gambar terbaru seniwati itu melalui Twitter sebagai bukti. Azean kelihatan tersenyum lagi sambil mempelawa makan buah limau mandarin semperna perayaan Tahun Baru Cina esok.

Hai... tak habis-habis isu berita palsu tentang artis meninggal. Terdahulu Kakak Saloma iaitu seniwati Mariani Ismail dikatakan meninggal, tup-tup dikhabarkan sendiri oleh anaknya Melissa Saila bahawa ibunya masih hidup.

Harapan kita pada penyebar berita palsu ini, bertaubatlah sebab mungkin esok lusa khabar palsu tersebut terjadi pada anda pula. Dan lebih teruk, ia juga (mati) kemungkinan akan benar-benar berlaku pada tukang fitnah hingga mereka tidak sempat meminta ampun atas kesalahan yang dilakukan.

Kerana setebal mana kebencian kita pada seseorang itu, soal kematian sememangnya satu isu yang tidak seharusnya dipermainkan. Kerana satu hari... kita semua juga akan mati dan kembali menemui Allah yang Maha Esa. Insaflah...!

No comments: