18 January 2012

AZWAN ALI DISIASAT POLIS


Mungkin ramai yang sudah maklum Azwan Ali telah disiasat oleh polis mengikut Kanun Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap 'darah dagingnya' Ummi Halfida.

Difahamkan juga, ugutan tersebut didakwa dilakukan Azwan melalui Twitternya. Namun belum dapat dipastikan apakah ia benar-benar twitter milik Azwan atau milik orang lain yang menyamar sebagai selebriti itu.

Dan menurut sumber juga, khabarnya telefon bimbit Azwan Ali telah dirampas untuk membantu siasatan.





Tulisan twitter yang didakwa milik Azwan...


Sementara itu, Umie yang dihubungi oleh media memberitahu tindakan Azwan itu amat keterlaluan dan dia terpaksa mengambil tindakan keras.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” kata Umie dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, difahamkan Astro turut mahu mengambil tindakan 'gam' terhadap Azwan Ali kerana kenyataan beliau yang berbaur sinis dan celupar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Namun semua tindakan Astro itu masih samar dan belum dapat disahkan lagi.

Sokongan Azwan pada Azmin hingga di gam Astro...


Inilah akibatnya apabila artis atau selebriti terlibat dalam politik... maka mereka harus membayar harga yang mahal untuk apa-apa isu yang mereka timbulkan. Bak kata pepatah, berani buat beranilah tanggung... tak gitu?

No comments: