26 January 2012

BENARKAH SITI DUTA LOUIS VUITTON MALAYSIA??


Meskipun artikel ini kemungkinan hanya gosip sahaja, namun myartis sebenarnya terlalu ingin tahu tentang kebenarannya. Malah penerimaan email yang mendakwa
Datuk Siti Nurhaliza yang bergambar dalam sebuah iklan untuk Louis Vuitton merupakan 'duta' jenama tersebut menimbulkan teka-teki.

Ikhlasnya, myartis sendiripun kurang pasti akan kesahihan dakwaan tersebut kerana tiada cerita yang berlegar mengenainya. Namun disebabkan gambar Siti itu nampak cukup menarik dan agak rare... persoalan mengenai gosip tersebut menjadi makin menarik apabila ia melibatkan jenama antarabangsa.

Klik untuk imej besar...




Kerana jika gosip ini benar, maka memang tepatlah pilihan jenama tersebut kerana nilai Siti yang tinggi dan digemari ramai. Malah Siti juga dilihat kerap memakai aksesori jenama Louis Vuitton apabila beliau ke majlis-majlis tertentu.

Dan harap-harapnya, ia bukan sekadar gosip semata... ya tak!

No comments: