23 January 2012

CHEF WAN DAPAT CUCU KEDUA - ISABELLA


PANAS DARI OVEN..!!
TARIKH BERITA: 23/1/2012 - JAM: 6.20


Tukang masak Selebriti, Chef Wan mendapat cucu kedua (perempuan) beberapa jam lalu yang diberi nama Isabella. Anak Serina Redzuawan dan suaminya Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar itu lahir sebagaimana anak pertama mereka Tristan tanpa sebarang masalah dengan hanya lapan kali teran dan seberat 3.3kg.

"Alhamdulilah Anak menantu saya menghantar sms mengatakan Serina baru sahaja melahirkan anak. Bayi itu amat comel.

Serina dan Isabella - klik untyuk imej besar...




"Bagaimanapun, saya telah melihat beberapa video klip yang dirakam dalam bilik bersalin selepas mereka membersihkan Isabella. Tembam nya pipi and rambut pun lebat and bibir cantik dan merah. Selamat datang ke keluarga kami dan amanah dari Allah and we must take care of her properly. Insyallah," ujar Chef Wan dalam facebooknya.

Kini boleh dikatakan rumahtangga Serina dan suaminya agak lengkap kerana mempunyai seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Tahniah..!

Info:
Anda adalah pembaca blog terawal yang membaca berita ini. Tahniah..!

No comments: