27 January 2012

HASRAT ZED ZAIDI HANCUR LEBUR


Hasrat Zed Zaidi untuk menimang cahayamata kembar akhirnya tidak kesampaian apabila ultrasound scan yang dilakukan oleh doktor terhadap isterinya Natalia Mustafa, hanya memperlihatkan seorang baby sahaja. Keadaan tersebut bercanggah dengan impian Zed yang sudah mengidam anak kembar ketika mula-mula dimaklumkan yang kandungan isterinya kemungkinan ada dua bayi.

"Morning! hari ni zed tak sabar nak bawa isteri tercinta berjumpa doktor nak dengar degup jantung anak zed. kemungkinan twins! yey! *wink!" demikian kata Zed kelmarin penuh ceria.

Klik untuk imej besar...




Namun beberapa jam lalu nada Zed tiba-tiba berubah: "Sesungguhnya ALLAH lebih berkuasa! ALLAH telah menentukan yang aku hanya mendapat seorang ANAK! kita mampu merancang tapi ALLAH menentukan."

Untuk info, Zed telah bernikah dengan Natalia pada bulan April 2011 yang lalu dan isterinya kini dikatakan telah hamil lebih tiga bulan.

Doa kita, semoga Zed bersabar dan tidak berputus asa. Mana tahu selepas kelahiran ini, dia dan isteri dikurniakan pula anak kembar dikehamilan akan datang sebagaimana yang mereka idamkan.

Klik untuk baca...




No comments: