09 February 2012

CINTA SHILA & SHARNAAZ TAK DIRESTUI ND LALA?


Keutamaan Shila Amzah kini haruslah pada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu kerana dia masih muda!

Demikian komen penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berhubung gosip percintaan antara anaknya itu dengan Sharnaaz Ahmad yang heboh di laman sosial seolah sengaja dicanangkan kepada umum.

“Persepsi dan penilaian setiap orang tentang sesuatu perkara adalah hak mereka yang melihat.

Klik untuk imej besar...




Keutamaan Shila haruslah pada keluarga - ND Lala


“Orang boleh berkata apa sahaja tetapi sebagai bapa saya lebih mengetahui gerak-geri anak saya. Sama ada saya atau ibunya sentiasa ada di sisi Shila pada setiap masa.

“Setakat ini, tiada apa yang keterlaluan atau perkara pelik yang berlaku walau dengan sesiapa pun dia berkawan.

"Saya tidak pernah menyekat anak saya berkawan dengan mana-mana lelaki selagi ia mengikut landasan yang betul. Dalam hal ini, saya memberikan kebebasan dan ruang kepada Shila untuk menjalani proses normal yang dilalui oleh golongan muda-mudi.

“Selagi Shila mengikut landasan yang betul dan mengikut batas agama dan budaya, saya tiada halangan untuk dia berkawan dengan mana-mana lelaki,” katanya dipetik sebagai berkata.

Datang berpasangan ketika AJL...


Terdahulu ditanya tentang hubungan Shila dan Sharnaaz, katanya sebagai manusia biasa, dia tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada hari esok dan tidak tahu ke peringkat mana hubungan mereka akan pergi.

“Saya tidak keberatan jika dia berkawan dengan sesiapa pun kerana ia adalah proses yang normal," ujarnya tanpa mengiya atau menidakkan gosip cinta antara Shila dan Sharnaaz.

No comments: