04 February 2012

ISU APEX & GADIS X: DAHLIA TECK PASRAH..??


Gosip hangat yang bertiup kencang mendakwa Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mempunyai kekasih baru bernama Gadis X, terus hangat membara apabila beberapa tweet Dahlia Teck dilihat seakan sudah pasrah sejak awal.

Tweet tersebut yang bertarikh sejak 28 Januari 2012 antara lain memaparkan perbualan Dahlia yang yang seolah kecewa dengan seseorang.

"Kalau time sayang, kentut pun wangi, kalau dah tak sayang semua tak kena. Haihh manusia biasalah. Either you're willing to face it or not.

Tinggal kenangan? Klik untuk imej besar...








"Thanked God, my life ada up and down. But I managed to overcome e'thing darling. Wah nape suka I? RT.

"Kadang2 benda yang terjadi dalam hidup kita, benda yang tak pernah kita jangkakan. Well, ni lah real life man!" Demikian Dahlia dipetik sebagai berkata melalui tweetnya.



Terdahulu, laman 10Buckphoto yang menyediakan perkhidmatan gambar perkahwinan dan pertunangan telah bertindak mendelete gambar-gambar milik Gadis X atas permintaannya sendiri. Atas alasan apa gambar pertunangan tersebut diremoved daripada laman tersebut sebenarnya kurang pasti, tetapi ia mungkin ada kena mengena dengan gosip putus tunang dan gosip hubungannya dengan Apex.

Melihat perkembangan tersebut, nampaknya gosip antara Apex dan Gadis X bertambah menarik dan seperti ada kebenarannya. Cuma masa sahaja yang bakal mendedahkan apakah ia sekadar gosip, atau sesuatu yang di luar jangkaan kita selama ini. Allahualam!

No comments: